Pada 19 Julai 2012, sekumpulan bekas pelajar tingkatan 5 tahun 1966 telah kembali melawat sekolah. Antaranya ialah Ketua Pengawas Sekolah dan Ketua Pengawas Pusat Sumber. Sekolah juga difahamkan bahawa mereka merupakan pasukan pancaragam sekolah yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1996.
Mereka mengelilinggi sekolah dengan ditemani oleh pengetua sekolah iaitu Puan Nalini. Sepanjang lawatan mereka, mereka sibuk menangkap gambar. Selain itu, Pasukan Pancaragam sekolah juga membuat persembahan. Sesungguhnya, mereka berasa amat gembira untuk kembali melawat sekolah setelah 46 tahun.