Tuesday, September 6, 2011

TAKLIMAT DAN MOTIVASI PELAJAR SPM SEMPENA PEPERIKSAAN PERCUBAAN.

Selepas sekian lama, tibalah detiknya untuk menyusun dewan peperiksaan untuk Peperiksaan Percubaan SPM. Guru bertugas, Pn Lim, bersama murid-murid Tingkatan 5 telah menyusun dewan peperiksaan.

Kemudian, pelajar-pelajar Tingkatan 5 pun dimaklumkan tempat duduk mereka dan diberi taklimat mengenai beberapa peraturan yang berkaitan dengan Peperiksaan Percubaan SPM.


Berikutan itu adalah nasihat-nasihat dan tips yang disampaikan oleh pengetua sekolah, Puan Nalini, supaya pelajar-pelajar tingkatan 5 tidak akan melakukan kesilapan yang tidak diingini semasa tempoh peperiksaan.Bukan sahaja begitu,puan pengetua juga memberitahu mereka cara-cara mengulangkaji pelajaran dengan cara yang efisien dan efektif.

 Selepas talimat dan nasihat yang penuh bermakna ini, Puan Nalini bersama-sama Datin Mungit, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Puan Najwa selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling telah mengedarkan kad motivasi yang direka oleh pihak sekolah kepada semua pelajar dengan kata-kata mutiara.




Kemudian, puan pengetua pun menerangkan lagi maksud kata-kata mutiara yang penuh bermakna dan telah dipilih oleh pihak sekolah khas untuk mereka. Akhir sekali, mereka dinasihatkan agar mampu mengharumkan nama sekolah dengan keputusan cemerlang!

No comments: