Wednesday, September 7, 2011

MERDEKA PUBLIC SPEAKING COMPETITION

Date: 6/9/2011 (Tuesday)
Time : 2.00p.m.- 4.30 p.m.
Venue : Upper Hall
Participants: Form 4 & Form 2 students.





PROGRAM BULAN MERDEKA: PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

Pada jam 12.30 tengah hari, pelajar tingkatan 1 berkumpul di Upper Hall untuk pertandingan lagu patriotik 1 Malaysia. Nyanyian mereka penuh semangat dengan aksi dan daya kreativiti yang tersendiri menjayakan lagi program ini.

Para hakim







Tuesday, September 6, 2011

TAKLIMAT DAN MOTIVASI PELAJAR SPM SEMPENA PEPERIKSAAN PERCUBAAN.

Selepas sekian lama, tibalah detiknya untuk menyusun dewan peperiksaan untuk Peperiksaan Percubaan SPM. Guru bertugas, Pn Lim, bersama murid-murid Tingkatan 5 telah menyusun dewan peperiksaan.

Kemudian, pelajar-pelajar Tingkatan 5 pun dimaklumkan tempat duduk mereka dan diberi taklimat mengenai beberapa peraturan yang berkaitan dengan Peperiksaan Percubaan SPM.


Berikutan itu adalah nasihat-nasihat dan tips yang disampaikan oleh pengetua sekolah, Puan Nalini, supaya pelajar-pelajar tingkatan 5 tidak akan melakukan kesilapan yang tidak diingini semasa tempoh peperiksaan.Bukan sahaja begitu,puan pengetua juga memberitahu mereka cara-cara mengulangkaji pelajaran dengan cara yang efisien dan efektif.

 Selepas talimat dan nasihat yang penuh bermakna ini, Puan Nalini bersama-sama Datin Mungit, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Puan Najwa selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling telah mengedarkan kad motivasi yang direka oleh pihak sekolah kepada semua pelajar dengan kata-kata mutiara.




Kemudian, puan pengetua pun menerangkan lagi maksud kata-kata mutiara yang penuh bermakna dan telah dipilih oleh pihak sekolah khas untuk mereka. Akhir sekali, mereka dinasihatkan agar mampu mengharumkan nama sekolah dengan keputusan cemerlang!

KAWASAN SEKOLAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN!

Sempena bulan kemerdekaan, pihak sekolah telah menghiaskan kawasan sekolah supaya suasananya mempunyai perasaan semangat patriotik serta menjadikan sekolah lebih ceria dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.




Monday, September 5, 2011

OPENING CEREMONY OF THE SCHOOL TOILET!

The interact club of our school had successfully repainted our school toilet during the holidays. While everyone went for a trip, the new board of directors term 2011/2012 together with the members went back to the school to finish up the final touches. Now, the toilet is way more CHEERFUL and 'student-friendly'!
Special thanks to Puan Nalini,principal of the school; Ms Chan, Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Helena, Puan Tan and Cik Azhani,teachers advisers of Interact Club 2011 for guiding the members and making this project a success.
the new toilet!

opening ceremony!

Teachers and board of directors!

Thursday, September 1, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI!

 Pada 26hb Ogos, suatu majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya telah diadakan pada perhimpunan pagi. Murid-murid pula digalakkan untuk memakai riben merah sempena hari istimewa tersebut.
Selain itu,Pn Rohana, selaku guru bertugas juga telah menanyakan beberapa soalan kuiz dan hadiahnya merupakan DUIT RAYA!
Bukan sahaja begitu,kita juga menyaksikan betapa gembiranya warga sekolah apabila Pn. Rohana mengatakan perkataan "DUIT RAYA!". Selepas itu, tiga orang wakil telah menunjukkan cara-cara membuat ketupat dengan riben dan mereka juga dapat DUIT RAYA!
Kemudian, kita juga menyanyikan lagu Tanggal 31 dan lagu Hari Raya.

Guru-guru pula mula berpeluk-pelukan.