Monday, April 13, 2009

PERASMIAN BULAN BAHASA MELAYU 2009

Pada tanggal 13 April 2009(hari ini), acara Pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera peringkat sekolah telah berlangsung di S.M.K. (P) Methodist Ipoh. Acara tersebut bermula tepat jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi. Tujuan sambutan Bulan Bahasa dan Sastera diadakan sepanjang bulan April ini adalah untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan warga sekolah di samping mencerapkan perasaan cinta akan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu dalam diri setiap pelajar. Acara tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' oleh guru dan juga pelajar. Selepas itu, acara diteruskan dengan ucapan daripada Guru Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Hajah Hasnah Abdul Hamid. Beliau menyatakan dalam ucapannya bahawa tema bagi sambutan Bulan Bahasa Melayu peringkat sekolah pada kali ini ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Beliau turut menyatakan bahawa Kelab Bahasa Melayu akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk para pelajar bagi menjayakan bulan tersebut. Antaranya, pertandingan puisi dan lagu, forum, pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya.
Kemudian, tibalah giliran Puan Soot Mooy Ching selaku pengetua sekolah untuk memberikan ucapan. Beliau menggalakkan agar segala ucapan dan pengumuman disampaikan dengan menggunakan Bahasa Melayu sepanjang bulan ini. Seterusnya, tibalah masanya untuk Puan Soot merasmikan sambutan Bulan Bahasa dan Sastera pada tahun ini dengan memotong riben. Seiring dengan itu, Puan Soot turut memalukan gong sebanyak tiga kali bagi menandakan bahawa acara tersebut telah dirasmikan. Oleh itu, bermulalah Bulan Bahasa dan Sastera

NURUL ASHIKIN BT MOHAMMAD SOHAIMI(5S2)

No comments: