Pada 30 Ogos 2010, SMK(P) Methodist Ipoh telah mengadakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di Dewan Terbuka bermula pada pukul 7.45 pagi.
Majlis dimulakan dengan pembacaan titah perutusan daripada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, dan seterusnya ucapan daripada Puan Soot Mooy Ching, pengetua sekolah.
Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh murid-murid tingkatan 2 dan 4. Antara persembahan tersebut ialah "dikir barat' .'pakaian tradisional 1 Malaysia', dan Sketsa. Koir sekolah juga telah menyampaikan dua buah lagu. Kemudian, semua warga MGS telah menyanyi bersama-sama lagu-lagu Tanggal 31 dan Keranamu Malaysia.
Majlis telah bersurai pada 10.00 pagi.










